CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 6 September 2011

---->Pemakanan untuk anak

Hai semua... :)

Bertemu lagi kita dalam post yang seterusnya..Ha!!!post kali ini saya ingin menceritakan makanan dan amalan  pemakanan  yang sihat bagi anak-anak anda.

Pemakanan yang sihat dan seimbang merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan kanak-kanak.Selain ia membekalkan tenaga ia juga membantu dalam perkembangan otak dan pembesaran.Tanpa pemakanan yang sihat dan seimbang,perkembangan dan pembesaran anak akan terjejas.


Kebanyakan nutrien diperolehi daripada pelbagai jenis makanan dan perlu diambil dalam kuantiti yang sesuai.Pengambilan nutrien yang tidak seimbang akan mengakibatkan pelbagai masalah kepada anak-anak seperti masalah kurang berat badan,obesiti dan anemia.Jadi ibu bapa perlu merancang menu makanan yang seimbang mengikut piramid makanan supaya anak-anak mendapat pemakanan yang secukupnya.


Amalan memakan buah dan sayuran adalah sangat bagus
                                 

Makanan anak-anak perlulah seimbang ,yang terdiri daripada karbohidrat untuk tenaga,buah-buahan dan sayur-sayuran untuk serat,makanan kaya dengan protein serta susu dan produk tenusu.
Jika anak anda aktif atau menggunakan banyak tenaga fizikal,adalah digalakkan mengambil lebih karbohidrat.Namun,pastikan ambil secara sederhana bagi mengganti atau membekalkan tenaga yang banyak hilang disebabkan kanak-kanak berkenaan terlalu aktif.

Makanan yang berlemak dan banyak kolestrol perlulah dikurangkan .Pengambilan lemak yang banyak sangat boleh memudaratkan kesihatan badan.Lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan bertambah dan jadi gemuk.Lemak itu juga boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari.

Makanan segera juga harus dikurangkan kerana ia amat tidak elok untuk kesihatan.Mentang-mentang lah zaman moden semua nak segera kan??Makanan segera mempunyai banyak bahan pengawet dan memberi pelbagai impak kepada badan kita.

PIRAMID MAKANAN(sumber utusan malaysia)



 Untuk tatapan semua...hehe
                                                               

Adik-adik tentu tak nak masuk hospital kan?? Jadi jangan amalkan selalu makanan segera ini walaupun rasanya sedap. Jadi ibu bapa perlu mengawal setiap apa yang dimakan oleh anak-anak.Kandungan kafein boleh didapati di dalam kopi,coklat,teh,dan minuman berkola .Jika pengambilannya terlalu banyak seseorang akan berasa cemas ,letih,tidak nyenyak tidur ,sakit kepala,dan sakit perut.Kafein yang berlebihan juga boleh menyebabkan kanser pankreas dan kanser pundi.



Dengan beberapa info yang telah saya kongsikan ,diharap pembaca semua dapatlah sedikit sebanyak ilmu yang berguna untuk keluarga masing-masing.




                               JUMPA LAGI :)