ASSALAMUALAIKUM SEMUA...
Rasanya tidak terlambat lagi saya mengucapkan Salam Ramadan kepada semua umat Islam.Pertama sekali,saya ingin meluahkan rasa syukur kerana dapat juga berpuasa pada tahun ini.Walaupun begitu,rasa sedih tetap ada sebab tak dapat nak berpuasa dengan keluarga......huwaaaa nak nangis.
Hari pertama puasa yang jatuh pada 1 hb 8 tahun 2011 telah saya sambut dengan perasaan yang sayu tau tak??? Hahaha.Kenapa saya cakap begitu?Hari pertama sahaja saya tak dapat nak bersahur.Bangun-bangun tidur sahaja jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi.Cuba anda bayangkan betapa bengangnya saya masa itu.
Masa sebelum saya masuk UPSI ni,saya suka bila waktu sahur dan berbuka bersama keluarga.Masa ni lah kita boleh mintak apa yang kita nak makan.Macam-macam saya mintak...hehehe.puasa la katakan.Ayam percik,murtabak,nasi ayam,sate,nasi kerabu,dan macam-macam lagi...hush,sampai terliur saya dibuatnya.Rambang mata pun ada jugak.Nafsu nak beli tu memang meluap-luap tapi bila dah buka puasa tu tak semuanya habis dimakan.Jawabnya apa lagi,simpan esok lah.
AYAM PERCIK |
MURTABAK |
NASI AYAM |
SATE |
NASI KERABU |
Alang-alang dah cerita pasal bulan Ramadan saya nak kongsi beberapa faedah kalau kita berpuasa:-
- Puasa adalah suatu ibadah untuk mendekatkan diri seorang hamba itu kepada Allah dengan meninggalkan perkara yang disukai seperti makan dan minum.
- Puasa dapat melembutkan hati dan menjinakkannya untuk mengingati Allah dan memutuskannya daripada segala kesibukan dunianya.
- Mendidik insan untuk bersabar
- Dapat mempermudah seseorang melakukan segala ketaatan
- Orang kaya dapat mengetahui dan menilai nikmat Allah terhadapnya
- Menjaga kesihatan tubuh badan
- Dapat mengembalikan peraturan dan mengajar menepati masa dengan kita sama-sama menepati masa untuk berbuka dan mengakhiri waktu sahur kerana tiada seorang pun yang sengaja ingin melengah-lengahkan masa untuk berbuka puasa, mereka sentiasa menanti-nantikan suara azan maghrib berkumandang.
Sebenarnya puasa ini bukan setakat rasa lapar dan dahaga sahaja,tapi kalau tu sahaja yang anda rasa tidak ada maknanya .Di sini saya sertakan beberapa adab dan sunnah yang boleh kita amalkan bagi menambah pahala:-
- Ramai yang tak tahu sebenarnya mempercepatkan berbuka sekiranya telah masuk waktunya adalah perkara sunat dan mendapat pahala.
- . Berbuka dengan kurma segar atau kurma kering atau air. .
- Berdoa ketika berbuka
- Sentiasa bangun bersahur dan mengakhirkannya
- · Menjaga lidah dan anngota badan daripada perkara-perkara hara
- jangan suka mengumpat,mencuri,dan macam-macam lagi
- . Menyediakan makanan kepada orang yang berpuasa
- . Memperbanyakkan sedekah dan bermurah hati
- . Qiamullail (solat malam)
sumber dari:http://permaya.org/yaman/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=4