CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 3 August 2011

KeRUNtUhAN inStTiTUsi KeKEluARgAaN


Assalamualaikum semua....

Post kali ini saya akan menceritakan punca-punca keruntuhan institusi kekeluargaan pada hari ini.Tentu kawan-kawan tertanya-tanya kenapalah tiba-tiba saya buat tajuk ini.Jika dilihat kepada surat khabar sejak kebelakangan ini sering memaparkan kes-kes penceraian ibu bapa yang turut menyumbang kepada keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan.

Setiap keluarga mempunyai nilai dan maruah yang dipertahankan oleh ahli keluarganya sendiri. Keharmonian kekeluargaan dicapai melalui hubungan baik antara semua ahli keluarga. Perhubungan spiritual seperti agama, emosi seperti kasih sayang , sikap hormat – menghormati dan bertanggungjawab.  Oleh itu institusi kekeluargaan  adalah institusi yang terpenting dalam proses pembentukan individu yang sihat dari segi mental dan fizikal. Pada zaman yang serba moden ini kita sering mendengar dan terbaca di muka akhbar tentang permasalahan dan isu seperti  keruntuhan masyarakat . Sebagai contoh kes pembuangan anak luar nikah, kes penderaan kanak-kanak, kes penceraian dan sebagainya. Kekeluargaan merupakan salah satu aspek kehidupan manusia yang perlu diambil perhatian oleh syariat Islam. la dilihat sebagai wadah bagi lelaki dan wanita untuk mencari kedamaian dan kebahagiaan hidup bersama serta melahirkan zuriat bagi menyambung kehidupan dari satu generasi ke satu generasi.



Antara salah satu contoh kesan keruntuhan masyarakat institusi kekeluargaan di kalangan masyarakat. jika sesebuah keluarga mengalami masalah seperti penceraian, anak mereka yang akan banyak mengalami kesan buruk. Seperti  jiwa mereka akan terganggu dan akan menjadi trauma apabila dewasa , lagi – lagi apabila ingin mendirikan rumahtangga. Selain itu juga, anak – anak akan kehilangan kasih sayang dari ibu atau bapa mereka. Disamping itu juga mereka akan hilang tumpuan pelajaran dan sedikit sebanyak menghancurkan masa depan mereka.

Layanan yang kasar serta kekerasan yang berlebihan boleh menjejaskan jiwa, mental dan fizikal kanak-kanak. Ibu bapa tidak wajar menganggap kanak-kanak pada peringkat ini seperti orang tua dalam erti kata meletakkan tanggungjawab moral dan akhlak terhadap perbuatan dan reaksinya kerana kanak-kanak masih belum mampu membezakan dengan tepat dan memahami sesuatu. Mereka hendaklah dikasihi, diperlakukan secara lemah lembut dan sikap toleransi.

Antara punca lain ialah buli. Kes buli di sekolah telah meningkat kerana terdapat banyak faktor yang memberi perangsang buli. Buli terbahagi kepada dua, iaitu buli pada emosi serta mental seseorang individu. Ia memberi kesan yang buruk terhadap mangsa buli dan pembuli itu sendiri. Terjadinya kes ini kerana pelajar kurang mendapat kasih sayang yang sempurna oleh ibubapa kerana suasana persekitarannya yang tidak selesa, kehidupan yang teralu bebas, terpengaruh rakan sebaya, ketidak sempurnaan ibu bapa menjaga mereka. Oleh itu,tindaka mereka diluar kawalan ini cuma ingin menunjukan perhatian yang lebih oleh kedua ibubapanya. ibubapa perlulah membimbing anaknya supaya berkelakuan baik terhadap orang lain. cara lain adalah ibubapa sepatutnya tidak terlalu manjakan anaknya kerana ia mungkin memijaknya kita balik.



<----Buli di sekolah memberi pelbagai kesan buruk :( 







Kesimpulannya,  setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan yang penting untuk menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Secara keseluruhannya tugas ketua keluarga khususnya ibu dan bapa sangat berat jika mereka tahu ianya merupakan amanah untuk melahirkan insane dan seterusnya melansungkan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini.
Sedikit video untuk tatapan semua...



Bertemu lagi di dalam post yang laen...:)

1 comments:

Sifoo Junior said...

artikel menarik..tapi sila beri credits atau nyatakan sumber asal artikel di atas.

Post a Comment