CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 20 July 2011

HeNdAK pergi LaGI




Hai kawan-kawan...!!!

Pada post kali ini saya ingin menceritakan pengalaman yang tidak saya lupakan sepanjang hidup.Pengalaman melancong buat pertama kalinya amat menyeronokkan.Sebelum bertolak,emak telah menyediakan bekalan untuk kami .Pelbagai masakan telah disediakan antaranya adalah ayam masak merah yang juga merupakan makanan kegemaran saya.UMMM.....*jangan cemburu...

Antara tempat-tempat menarik yang terdapat di negeri Terengganu adalah Tasik Kenyir.Tasik ini adalah sukan pelancongan yang terbaik di Terengganu.Hutan hujan di Terengganu terletak di daerah di Hulu Terengganu di longitude 102’40’ dan 4’40’latitude.Hutan hujan ini juga dipercayai merupakan hutan hujan yang paling tertua.Hutan ini juga berfungsi sebagai Taman Negara Malaysia.Di tasik ini terdapat Taman Herba dan juga air terjun.di situ sempatlah kami bermandi-manda dan airnya sungguh sejuk dan jernih.

Selepas itu,kami bergerak ke Pasar Payang iaitu merupakan pasar yang terbesar di Terengganu.Pertama kali melangkah ke pasar itu,seseorang pasti akan rambang mata melihat barang-barang yang diniagakan di situ.Keadaan pasar yang riuh telah memeriahkan lagi suasana dan begitu saya begitu teruja melihatnya.Pasar ini menjual barang dengan harga yang murah dan pembeli boleh tawar-menawar.Tapi memang seronok jika berada di sana. Semua barang cenderamata ada dijual di sini. Anda mungkin rambang mata untuk membeli pelbagai pilihan barangan seperti songket, batik, kain sutera, tembaga, keropok, hiasan, - dan semuanya dengan harga yang berpatutan. Namun, apabila membeli di sini, anda hendaklah pandai tawar-menawar. Contohnya sehelai songket berharga RM950 (jangan terkejut dengan harga yang diletakkan) mungkin dapat ditawar sehingga RM700, bergantung kepada kepandaian anda dan sememangnya songket di sini merupakan yang terbaik.

Selain Pasar Payang, di sekitar pasar ada tempat untuk anda berehat di Dataran Syahbandar. Dataran yang baru siap dibina ini merupakan antara tumpuan orang ramai untuk bersantai. Di sekitar dataran ini, anda boleh berkunjung untuk melihat keindahan senibina Masjid Zainal Abidin atau dikenali sebagai Masjid Putih di kalangan penduduk tempatan.

Pantai Batu Buruk merupakan lokasi pantai utama yang menjadi tumpuan orang ramai. Terletak lebih kurang 3 km dari pusat bandar, Batu Buruk menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengunjung di samping pelbagai pilihan makanan. Masjid Terapung atau Masjid Tengku Intan Zaharah juga tidak harus dilupakan apabila anda berkunjung ke Kuala Terengganu. Kerepok lekor merupakan makanan wajib anda perlu makan apabila datang ke sini. Keropok lekor yang terbaik boleh dibeli di Pasar Payang, Seberang Takir ataupun di Losong. Namun bagi penduduk tempatan, keropok lekor yang dijual di Losong bukan lagi menjadi pilihan utama disebabkan kegiatannya yang agak komersil sehingga menjejaskan rasa keropok lekor yang asli itu.

Berhampiran keropok Losong, anda boleh berkunjung ke Muzium Terengganu yang merupakan muzium terbesar di Malaysia. Terletak lebih kurang 4-5 km dari pusat bandar, banyak yang boleh anda nikmati di sini. Selain daripada koleksi barangan lama, muzium ini menjanjikan keindahan panorama kepada pengunjungnya.

Bagaimana untuk ke Kuala Terengganu
Jika anda berkereta dari KL, perjalanan mengambil masa 5-7 jam. Dari tol Gombak (RM5) dan Bentong (RM3) anda boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan keluar di exit Kuantan (LPT setakat Kuantan sahaja) dengan tol RM19.60. Dari exit Kuantan, anda boleh menggunakan laluan alternatif ke Bukit Sagu/Felda Neram dan anda akan keluar di Bandar Cheneh. Ia dapat menjimatkan masa pemanduan anda. Ataupun boleh menggunakan laluan pantai.

Penat pula rasanya kalau saya nak cerita,biarlah gambar-gambar menceritakan segalanya :)
Antara kain jualan di Pasar Payang





Pasar Payang
Pantai Batu Burok
Pintu gerbang Taman Herba
Tasik Kenyir
Masjid Terapung
 Sekian sahaja post saya untuk kali ini...jumpa lagi :)
 
   





 


 


Saturday 9 July 2011

LiFe In ChiLdHoOd







         Hello... hello ...hello.We meet again in the same blog but different post...hahaha...

In this post I want to story about me during young ...

        

Everyone in this world has their own mom.. so as me.For me life as a children is a happy moment.What do you think??When I was young I was a cute and shy person....hahahaha
 
          We no need to study,and the thing we only do is eat,sleep and crying when we hungry...WHAT A WONDERFUL TIME.....=)

     My story in childhood is the kind of same as you all right..??everyday we play as we want and everything we ask ,our parents will try to fulfill it .  I wish can go back to the past....emmmmmm

       

  So lovely when remember the past...huhu  :S