CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 23 August 2011

Bahagia atau tidak?

 APA KHABAR SEMUA....!!!

Anak merupakan anugerah daripada Allah. seseorang anak itu wajib berbakti dan mentaati ibu bapa supaya kehidupan mereka akan bahagia ketika hari tua.Banyak yang boleh anda semua lakukan untuk membalas jasa mereka.Tidak semestinya dalam bentuk material sahaja,anda boleh juga memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka.Maklumlah,Islam kan menuntut umatnya memberi perhatian kepada mereka yang semakin uzur fizikalnya.

Macam-macam boleh kawan-kawan lakukan.Di sini saya ingin menceritakan hanya 10 bakti yang patut dilakukan oleh kita sebagai anak:-

1)Memberi nafkah
 Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan.Mereka tidak dapat lagi melakukan kerja seharian kerana usia mereka.Kalaupun bekerja,tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.Justeru menjadi tanggungjawab kita member nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa.Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik kita semua.

2)Menyediakan tempat tinggal
Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.


3)Memberi kasih sayang
Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.


4)Memberi perhatian
Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa. Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.Betul tidak??

5)Memenuhi permintaan
Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. 

6)Melakukan apa yang disukai
Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

7)Bercakap dengan lemah lembut
. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8)Menghadiahkan kejayaan
. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.




Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9)Meluangkan masa bersama-sama
Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10)Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa
 Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.




Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.
(sumber dari :http://panduanpercuma.info/agama/1305/10-cara-berbakti-kepada-ibubapa/)








Tuesday 9 August 2011

KeSaN bUrUk....

Assalamualaikum kawan semua...

Tentu kawan-kawan tertunggu-tunggu apa yang akan saya ceritakan pada post kali ini....hahaha .Pada minggu lepas telah saya ceritakan kepada anda tenta punca keruntuhan institusi kekeluargaan dan pada kali ini ingin saya ceritakan kepada anda tentang kesannnya .

       Institusi rumah tangga yang tidak bahagia memberi pelbagai kesan buruk kepada semua.




---->Anak –anak yang meningkat remaja akan mencari jalan penyelesaian sendiri dengan meluahkan rasa hati kepada rakan sebaya.Kalau rakan tu rakan yang baik tidak mengapa,tetapi bagaiman kalau merika tersilap memilih rakan sebaya bermasalah ,mereka akhirnya terjebak dengan mula mendampingi rokok diikuti penyalahgunaan dadah,ikut gaya hidup bebas dan terjebak dengan seks bebas yang akhirnya merosakkan masa depan mereka.Perkara itulah yang perlu kita semua elakkan kerana ia akan memberi pelbagai impak negatif.




Merenung segala permasalahan yang berlaku,adakah dunia hampir kiamat??
Sesuatu yang amat dijaga suatu masa dahulu sudah mula diabaikan.Adakah ini harga yang perlu untuk mengejar kemajuan.Jika kawan semua lihat dan dengar di media massa ,pelbagai masalah yang boleh kita ketahui.Entah apa nak jadi dengan dunia sekarang ni....

Saya yang menulis dalam blog ini pun dah muak tengok benda ini semua,apatah lagi anda semua kan??Keluarga adalah asas kesejahteraan Negara,oleh itu ibubapa pun fikir-fikirkanlah masa depan anak-anak sebelum membuat sesuatu keputusan.Hargailah permata hati kurniaan Allah ini.Jika anda berbuat baik kepada mereka insyaallah anak-anak tidak tegar untuk membuang kita apabila tua nanti.’Life is a circle’ iaitu apa yang kita pernah buat sekarang,kita akan dapat balasan nanti.

“WHAT U GIVE U GET BACK”

Wednesday 3 August 2011

KeRUNtUhAN inStTiTUsi KeKEluARgAaN


Assalamualaikum semua....

Post kali ini saya akan menceritakan punca-punca keruntuhan institusi kekeluargaan pada hari ini.Tentu kawan-kawan tertanya-tanya kenapalah tiba-tiba saya buat tajuk ini.Jika dilihat kepada surat khabar sejak kebelakangan ini sering memaparkan kes-kes penceraian ibu bapa yang turut menyumbang kepada keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan.

Setiap keluarga mempunyai nilai dan maruah yang dipertahankan oleh ahli keluarganya sendiri. Keharmonian kekeluargaan dicapai melalui hubungan baik antara semua ahli keluarga. Perhubungan spiritual seperti agama, emosi seperti kasih sayang , sikap hormat – menghormati dan bertanggungjawab.  Oleh itu institusi kekeluargaan  adalah institusi yang terpenting dalam proses pembentukan individu yang sihat dari segi mental dan fizikal. Pada zaman yang serba moden ini kita sering mendengar dan terbaca di muka akhbar tentang permasalahan dan isu seperti  keruntuhan masyarakat . Sebagai contoh kes pembuangan anak luar nikah, kes penderaan kanak-kanak, kes penceraian dan sebagainya. Kekeluargaan merupakan salah satu aspek kehidupan manusia yang perlu diambil perhatian oleh syariat Islam. la dilihat sebagai wadah bagi lelaki dan wanita untuk mencari kedamaian dan kebahagiaan hidup bersama serta melahirkan zuriat bagi menyambung kehidupan dari satu generasi ke satu generasi.



Antara salah satu contoh kesan keruntuhan masyarakat institusi kekeluargaan di kalangan masyarakat. jika sesebuah keluarga mengalami masalah seperti penceraian, anak mereka yang akan banyak mengalami kesan buruk. Seperti  jiwa mereka akan terganggu dan akan menjadi trauma apabila dewasa , lagi – lagi apabila ingin mendirikan rumahtangga. Selain itu juga, anak – anak akan kehilangan kasih sayang dari ibu atau bapa mereka. Disamping itu juga mereka akan hilang tumpuan pelajaran dan sedikit sebanyak menghancurkan masa depan mereka.

Layanan yang kasar serta kekerasan yang berlebihan boleh menjejaskan jiwa, mental dan fizikal kanak-kanak. Ibu bapa tidak wajar menganggap kanak-kanak pada peringkat ini seperti orang tua dalam erti kata meletakkan tanggungjawab moral dan akhlak terhadap perbuatan dan reaksinya kerana kanak-kanak masih belum mampu membezakan dengan tepat dan memahami sesuatu. Mereka hendaklah dikasihi, diperlakukan secara lemah lembut dan sikap toleransi.

Antara punca lain ialah buli. Kes buli di sekolah telah meningkat kerana terdapat banyak faktor yang memberi perangsang buli. Buli terbahagi kepada dua, iaitu buli pada emosi serta mental seseorang individu. Ia memberi kesan yang buruk terhadap mangsa buli dan pembuli itu sendiri. Terjadinya kes ini kerana pelajar kurang mendapat kasih sayang yang sempurna oleh ibubapa kerana suasana persekitarannya yang tidak selesa, kehidupan yang teralu bebas, terpengaruh rakan sebaya, ketidak sempurnaan ibu bapa menjaga mereka. Oleh itu,tindaka mereka diluar kawalan ini cuma ingin menunjukan perhatian yang lebih oleh kedua ibubapanya. ibubapa perlulah membimbing anaknya supaya berkelakuan baik terhadap orang lain. cara lain adalah ibubapa sepatutnya tidak terlalu manjakan anaknya kerana ia mungkin memijaknya kita balik.



<----Buli di sekolah memberi pelbagai kesan buruk :( 







Kesimpulannya,  setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan yang penting untuk menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Secara keseluruhannya tugas ketua keluarga khususnya ibu dan bapa sangat berat jika mereka tahu ianya merupakan amanah untuk melahirkan insane dan seterusnya melansungkan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini.
Sedikit video untuk tatapan semua...



Bertemu lagi di dalam post yang laen...:)

UPSI...!!!aKu DaH dATanG

Tanggal 29 Mei merupakan hari yang bersejarah dan penuh bermakna bagiku.Kenapa saya kata macam itu...sebab hari itu merupakan hari pendaftaran masuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI).Alangkah gembiranya tidak terkata.... :)

Kedudukan UPSI yang terletak di Tanjung Malim dan berdekatan dengan tempat tinggal saya menyebabkan saya memilih untuk menyambung pelajaran di sini.Alhamdulillah.....saya telah terpilih ke UPSI. Tanjung Malim terletak betul-betul di sebelah utara Sungai Bernam. Sungai Bernam menjadi garis sempadan antara negeri Perak dan Selangor. Dalam peta, Ulu Bernam dan Tanjung Malim hampir pada titik koordinat yang sama. Tanjung Malim terletak di laluan utama yang menghubungkan Ipoh dan kuala Lumpur sekiranya tidak menggunakan lebuh raya.
Tempat yang berhampiran dengan Tanjung Malim ialah Ulu Bernam, Kalumpang, Ketoyong, Behrang, Behrang Ulu, Kampung Kelawar dan Slim River.

       Terima kasih UPSI... :)

Sebelum bertolak saya telah memastikan semua dokumen telah lengkap bagi memastikan semuanya berjalan lancar.Ibu saya turut berasa gembira mendengar berita kemasukan saya ke UPSI. Tanjung Malim mempunyai kemudahan asas yang lengkap.Jika dilihat perkhidmatan seperti kereta api,bas,dan teksi sangat mudah untuk didapati.

Stesen keretapi Tanjung Malim merupakan sebuah stesen keretapi yang terletak di utara Tanjung Malim, negeri Perak, Malaysia. Selama ini stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar dan Komuter. Stesen ini dibuka pada 1 Jun 2009, sebagai hentian terakhir dalam khidmat shuttle Rawang-Tanjung Malim (dahulunya shuttle Rawang-Kuala Kubu Bharu).
Stesen ini terletak dilalui oleh tiga batang landasan dengan tiga platform. Selain kemudahan tiket dan kemudahan asas, stesen ini dilengkapi ruang untuk penghuni pentadbiran, serta "kiosk" dan jejantas tambahan (yang digabungkan dengan jejantas untuk pengguna Komuter sahaja) bagi pejalan kaki yang hanya mahu melintas landasan. Stesen ini juga menyediakan kemudahan asas untuk penumpang kurang upaya. Pintu masuknya di timur laut menghadap jalan cabang yang membawa ke arah barat ke pusat bandar Tanjung Malim.

Satu platform sisi dan satu platform tengah stesen ini ditetapkan sebagai Platform 1 (bersempadan dengan bangunan stesen utama di barat, untuk menaiki kereta api ke arah utara), Platform 2 (di timur, untuk menaiki kereta api ke arah selatan), dan Platform 3.
Stesen Bas Tanjong Malim ini terletak di tengah-tengah pekan Tanjung Malim. Selain syarikat bas Starcouch, terdapat juga beberapa buah syarikat bas lain yang menawarkan perkhidmatan bas di stesen ini. Selain itu, disini juga terdapat Jabatan Pendaftaran Negara yang berada di tingkat atas stesen. Stesen ini juga mempunyai surau, tandas dan beberapa buah kedai untuk keselesaan pengguna.




Stesen kereta api Tanjung Malim


Stesen bas Tanjung Malim