CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 6 September 2011

---->Pemakanan untuk anak

Hai semua... :)

Bertemu lagi kita dalam post yang seterusnya..Ha!!!post kali ini saya ingin menceritakan makanan dan amalan  pemakanan  yang sihat bagi anak-anak anda.

Pemakanan yang sihat dan seimbang merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan kanak-kanak.Selain ia membekalkan tenaga ia juga membantu dalam perkembangan otak dan pembesaran.Tanpa pemakanan yang sihat dan seimbang,perkembangan dan pembesaran anak akan terjejas.


Kebanyakan nutrien diperolehi daripada pelbagai jenis makanan dan perlu diambil dalam kuantiti yang sesuai.Pengambilan nutrien yang tidak seimbang akan mengakibatkan pelbagai masalah kepada anak-anak seperti masalah kurang berat badan,obesiti dan anemia.Jadi ibu bapa perlu merancang menu makanan yang seimbang mengikut piramid makanan supaya anak-anak mendapat pemakanan yang secukupnya.


Amalan memakan buah dan sayuran adalah sangat bagus
                                 

Makanan anak-anak perlulah seimbang ,yang terdiri daripada karbohidrat untuk tenaga,buah-buahan dan sayur-sayuran untuk serat,makanan kaya dengan protein serta susu dan produk tenusu.
Jika anak anda aktif atau menggunakan banyak tenaga fizikal,adalah digalakkan mengambil lebih karbohidrat.Namun,pastikan ambil secara sederhana bagi mengganti atau membekalkan tenaga yang banyak hilang disebabkan kanak-kanak berkenaan terlalu aktif.

Makanan yang berlemak dan banyak kolestrol perlulah dikurangkan .Pengambilan lemak yang banyak sangat boleh memudaratkan kesihatan badan.Lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan bertambah dan jadi gemuk.Lemak itu juga boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari.

Makanan segera juga harus dikurangkan kerana ia amat tidak elok untuk kesihatan.Mentang-mentang lah zaman moden semua nak segera kan??Makanan segera mempunyai banyak bahan pengawet dan memberi pelbagai impak kepada badan kita.

PIRAMID MAKANAN(sumber utusan malaysia)



 Untuk tatapan semua...hehe
                                                               

Adik-adik tentu tak nak masuk hospital kan?? Jadi jangan amalkan selalu makanan segera ini walaupun rasanya sedap. Jadi ibu bapa perlu mengawal setiap apa yang dimakan oleh anak-anak.Kandungan kafein boleh didapati di dalam kopi,coklat,teh,dan minuman berkola .Jika pengambilannya terlalu banyak seseorang akan berasa cemas ,letih,tidak nyenyak tidur ,sakit kepala,dan sakit perut.Kafein yang berlebihan juga boleh menyebabkan kanser pankreas dan kanser pundi.



Dengan beberapa info yang telah saya kongsikan ,diharap pembaca semua dapatlah sedikit sebanyak ilmu yang berguna untuk keluarga masing-masing.




                               JUMPA LAGI :)

SaLaM rAmADaN....

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...

Rasanya tidak terlambat lagi saya mengucapkan Salam  Ramadan kepada semua umat Islam.Pertama sekali,saya ingin meluahkan rasa syukur kerana dapat juga berpuasa pada tahun ini.Walaupun begitu,rasa sedih tetap ada sebab tak dapat nak berpuasa dengan keluarga......huwaaaa nak nangis.

Hari pertama puasa yang jatuh pada 1 hb 8 tahun 2011 telah saya sambut dengan perasaan yang sayu tau tak??? Hahaha.Kenapa saya cakap begitu?Hari pertama sahaja saya tak dapat nak bersahur.Bangun-bangun tidur sahaja jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi.Cuba anda bayangkan betapa bengangnya saya masa itu.

Masa sebelum saya masuk UPSI ni,saya suka bila waktu sahur dan berbuka bersama keluarga.Masa ni lah kita boleh mintak apa yang kita nak makan.Macam-macam saya mintak...hehehe.puasa la katakan.Ayam percik,murtabak,nasi ayam,sate,nasi kerabu,dan macam-macam lagi...hush,sampai terliur saya dibuatnya.Rambang mata pun ada jugak.Nafsu nak beli tu memang meluap-luap tapi bila dah buka puasa tu tak semuanya habis dimakan.Jawabnya apa lagi,simpan esok lah.

AYAM PERCIK
MURTABAK
NASI AYAM
SATE
NASI KERABU
Alang-alang dah cerita pasal bulan Ramadan saya nak kongsi beberapa faedah kalau kita berpuasa:- 
 
  1.      Puasa adalah suatu ibadah untuk  mendekatkan diri seorang hamba itu kepada Allah dengan     meninggalkan perkara yang disukai seperti makan dan minum. 
  2.      Puasa dapat melembutkan hati dan menjinakkannya untuk mengingati Allah dan memutuskannya     daripada segala kesibukan dunianya.
  3.        Mendidik insan untuk bersabar
  4.       Dapat mempermudah seseorang melakukan segala ketaatan
  5.    Orang kaya dapat mengetahui dan menilai nikmat Allah terhadapnya
  6.    Menjaga kesihatan tubuh badan
  7.      Dapat mengembalikan peraturan dan mengajar menepati masa dengan kita sama-sama menepati masa untuk berbuka dan mengakhiri waktu sahur kerana tiada seorang pun yang sengaja ingin melengah-lengahkan masa untuk berbuka puasa, mereka sentiasa menanti-nantikan suara azan maghrib berkumandang. 
           
Sebenarnya puasa ini bukan setakat rasa lapar dan dahaga sahaja,tapi kalau tu sahaja yang anda rasa tidak ada maknanya .Di sini saya sertakan beberapa adab dan sunnah yang boleh kita amalkan bagi menambah pahala:-
  1.       Ramai yang tak tahu sebenarnya mempercepatkan berbuka sekiranya telah masuk waktunya adalah perkara sunat dan mendapat pahala.         
  2. .       Berbuka dengan kurma segar atau kurma kering atau air. .    
  3.    Berdoa ketika berbuka
  4.        Sentiasa bangun bersahur dan mengakhirkannya 
  5. ·         Menjaga lidah dan anngota badan daripada perkara-perkara hara
    •     jangan suka mengumpat,mencuri,dan macam-macam lagi
  6. .       Menyediakan makanan kepada orang yang berpuasa
  7. .       Memperbanyakkan sedekah dan bermurah hati
  8. .       Qiamullail (solat malam)
sumber dari:http://permaya.org/yaman/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=4

    BrOtHeR'S PerForMaNce

     Hello friends....


     Firstly,I want to say sorry cause it is so long I didn't update my blog....hehe
    In this post,I feel very excited to update because this is about my youngest brother,Nor Zaidi or the name I always call him....Adi.Since small he has a talent to sing,dance and many more.He is also good in studies.Although he is kind of busy,but he can manage his time carefully.During this day also is his Excellent Award Day for the students that achieve the best achievement.Suddenly,the memory when in childhood is appeared... ;) But for that day,I came to watch his performance at his school.IT WAS FUN!!He looks so confident and dance gracefully.At home I never see him practice ,but he wants to show to his family about the thing that he likes to participate such as these.

    Before this he is studying at SK Wangsa Melawati.His school is located at Kuala Lumpur(KL).Living in KL is noisy like everyone knows...



     In this school also I have studies for two years .Eventough it is for a moment but it gives a memorable event for me until now...
    My brother's study here since seven years old.He likes to study at here because this school is near from our house.On that day,he wakes up early and wear the dance cloth.The music teachers of this school has a good experience and can teach my brother very well.This is shown at the video below...eventough the are kids.


    So,it is tired if I tell you all...let's let the photo tell about his performance! :D


    Shake it...Shake it
                                                                    

    Indian dance...
                                                                        


    The excellent students :)
                                                                  

    Here also I post a video about his performance.Hopes you will enjoy it! ^_^